PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air hari ini selepas menjalani menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang) di luar negara.
Menurut akaun media sosial rasmi baginda, pesawat khas membawa baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 7 pagi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta pegawai-pegawai Istana Negara.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda.
Sebelum ini dilaporkan, baginda menjalani rawatan selepas mengalami kesakitan tersebut yang berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo. – UTUSAN