KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang berlangsung pada 6 Oktober hingga 4 Disember lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam pemasyhurannya memaklumkan bahawa tujuh akta diperkenakankan oleh Sultan Ibrahim sebelum memulakan Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Kata beliau, akta tersebut adalah Akta Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025), Akta Kewangan 2024, Akta Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 serta Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024.
“(Selain itu), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2025, Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 dan Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2025,” katanya. – UTUSAN