Agong jalani rawatan luar negara: Tempoh, mekanisme pengganti urusan rasmi negara ikut panduan Perlembagaan

Agong jalani rawatan luar negara: Tempoh, mekanisme pengganti urusan rasmi negara ikut panduan Perlembagaan

FAHMI Fadzil ketika sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Segala urusan berkaitan tugas-tugas rasmi negara sepanjang tempoh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menjalani rawatan di luar negara akan dilaksanakan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan Perlembagaan, ia mempunyai tempoh dan mekanisme tertentu berhubung pengganti bagi urusan rasmi negara.

“Ya, kita berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan ada tempohnya dan ada mekanismenya. Jadi kita akan turuti seperti apa yang ada dalam Perlembagaan.

“Jemaah Menteri mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan, keafiatan dan selamat menerima rawatan perubatan dan sebarang perkara saya mohon rakan-rakan media rujuk dengan Istana Negara.

“Jadi setakat ini pagi tadi Seri Paduka Baginda telah berangkat dan kita mengikuti perjalanan rawatan Tuanku,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan hasil daripada siri lawatan kerja rasmi ke Malaysia melibatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev baru-baru ini.

Katanya, ini termasuk kunjungan lawatan kerja rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa ini dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

“Hasil daripada dua lawatan sama ada Presiden Indonesia dan juga Perdana Menteri Uzbekistan bukan hanya sejumlah Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dan disaksikan, malah ia mengeratkan lagi hubungan di antara negara-negara tersebut dengan Malaysia serta membuka peluang perniagaan, pelaburan di antara kedua-dua negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya