SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dilancarkan hari ini menjadi agensi tunggal dalam mengawal keselamatan membabitkan 141 pintu masuk negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penubuhan agensi itu selari dengan hasrat kerajaan ke arah pembentukan sebuah agensi tunggal di pintu masuk negara sekali gus menandakan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan Madani dalam mewujudkan rangka kerja kawalan sempadan yang lancar dan cekap. Katanya, AKPS akan berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber daripada pelbagai jabatan kerajaan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya