Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu – Anwar

Agensi kerajaan tidak boleh tubuh anak syarikat baharu – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana agensi kerajaan tidak boleh lagi menubuhkan anak syarikat di bawahnya tanpa kelulusan peringkat tertinggi.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terlalu banyak syarikat berkaitan mencatatkan kerugian besar.

Beliau berkata, membatalkan syarikat yang gagal bukan tugas mudah tetapi perkara itu perlu dilakukan demi reformasi institusi negara.

“Saya juga telah meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Seri Asri Hamidon untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi menyeragamkan agensi kerajaan.

“Ini akan dibawa kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebelum saya putuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan dan pelancaran sistem iPayment di sini hari ini.

 

BERITA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya