Adzrin Azhar disangka Aina Abdul - Utusan Malaysia

Adzrin Azhar disangka Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Azhar memaklumkan dia pernah disangkakan penyanyi, Aina Abdul oleh vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Berkongsi cerita tersebut, Adzrin memaklumkan Noh ketika kejadian membaling mikrofon ke arahnya sambil memanggilnya sebagai Aina.

“Momen tersebut sangat lucu. Noh yang sedang buat persembahan tiba-tiba hulur mikrofon kerana menyangka saya sebagai Aina.

“Mesti Noh tertanya-tanya macam mana Aina Abdul boleh hafal lagunya. Maaf sangat saya Aina Abdul versi order lain dapat lain,” katanya berseloroh.

Adzrin ditemui Utusan Malaysia di acara Gempak Most Wanted Awards 2024, di Auditorim MBSA pada Ahad.

Menurut penyanyi Setia Menanti itu lagi, ini bukan kali pertama wajahnya disamakan dengan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 itu.

Menafikan cuba menjadi klon Aina, dia bagaimanapun mengakui terinspirasi dengan penampilan yang digayakan penyanyi itu.

“Sebelum ini orang selalu cakap muka saya macam Aina Abdul.

“Kata mereka wajah saya mirip penyanyi itu. Kali ini orang cakap gaya saya macam dia pula.

“Sebenarnya saya mengambil inspirasi gayanya kerana Aina merupakan ikon gaya, bukan ikon fesyen. Kerana fesyen Aina tiada siapa boleh tiru.

“Aina memberi inspirasi kepada semua supaya menjadi diri sendiri dan pakai sahaja apa yang dimahukan,” katanya.

Terdahulu, Adzrin tercalon dalam kategori
Digital Creator Motivation/Educational melihat kepada usahanya berkongsi ilmu tentang nyanyian di aplikasi TikTok. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya