ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas pengsan di stadium

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas pengsan di stadium

ISHSAM SHAHRUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri di Stadium Bandaraya di sini kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika kejadian, Ishsam, 59, dikatakan sedang bersalaman dengan pemain lain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, wakil rakyat Perak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.

“YB (Yang Berhormat) bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, hospital itu kira-kira pukul 6.28 petang tadi,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum terjun ke dunia politik, Ishsam merupakan bekas pemain bola sepak Perak dan kebangsaan sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Antara pemain bola sepak yang seangkatan dengannya termasuk maestro negara, Azizul Abu Haniffah serta beberapa pemain seperti Mohd. Nidzam Adzha Yusoff, Roafandi Yusoff, Zaidi Napiah, Chan Kok Heng, A Elangovan dan Mohd Nazrin Chong.

Ishsam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya