Adi Putra ambil iktibar isu jenaka ham - Utusan Malaysia

Adi Putra ambil iktibar isu jenaka ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Adi Putra, 43, mengambil iktibar terhadap perkara yang menimpa pelakon dan pelawak, Harith Iskander berkenaan jenaka mengenai isu ham membabitkannya baru-baru ini.

Tidak komen panjang, Adi atau nama sebenarnya Mohd. Hadi Putera Halim memaklumkan isu yang dikaitkan dengan Harith sebenarnya membuka mata kepada ramai pihak agar berhati-hati dengan tingkah laku dan perkongsian di media sosial.

“Wallahualam, adalah menjadi hak masing-masing (untuk memberi pandangan). 

“Tetapi, apa yang boleh saya kongsikan secara umum mengenai perkara ini adalah, fikir dahulu sebelum bertindak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Harith sebelum ini mencetuskan api kemarahan ramai pihak kerana berjenaka mengenai isu ham di media sosialnya.

Susulan itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan pelawak itu bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret baru-baru ini menetapkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 kepada seorang individu kerana mengugut keluarga Harith susulan isu jenaka ham itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya