'Ada jumpa Tengku Zafrul tapi belum bincang' - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

‘Ada jumpa Tengku Zafrul tapi belum bincang’ – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi menziarai keluarga Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Seri Ampang di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Belum ada perbincangan diadakan dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung khabar angin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu akan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia berjumpa Tengku Zafrul bagi membincangkan masa depan politiknya.

“Ada jumpa tetapi kita belum bincang lagi. Mungkin beliau mencari masa yang sesuai dan saya boleh bertemunya pada bila-bila masa sahaja.

“Tambah pula sekarang ada sidang Parlimen, jika saya tiada tugasan luar, saya ada di sana. Jadi, biar pejabat saya dan beliau untuk atur tarikh yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Seri Ampang, di sini hari ini.

Ishsam, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang, Sabtu lalu.

Baru-baru ini, wujud dakwaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri dijangka meninggalkan UMNO selepas tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut.

Dakwaan gerakan membawa Ketua UMNO Bahagian Kota Raja untuk menyertai PKR wujud susulan terdapat perbincangan awal berhubung perkara tersebut.

Perkara itu disahkan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan parti mengamalkan dasar terbuka kepada mana-mana pemimpin untuk menyertai PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya