Abdul Rahman nafi UMNO Sabah tanding solo pada PRN

Abdul Rahman nafi UMNO Sabah tanding solo pada PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menepis dakwaan UMNO akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.

Beliau berkata, bertanding secara solo bukan satu pilihan yang tepat kepada mana-mana parti politik di Sabah kerana setiap parti perlu ada gabungan sekiranya ingin menang pada PRN akan datang.

Sehingga kini, dalam mana-mana mesyuarat UMNO yang dihadiri olehnya dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tidak ada perbincangan mengenai rakan gabungan menjelang PRN.

“Dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini pun, tidak ada perbincangan tentang siapa gabungan kita, berapa kerusi yang dituntut oleh UMNO. Dalam kita berdepan dengan pilihan raya yang semakin hampir, semua orang mahu bercakap dan semua orang mahu memetik sumber.

“Namun, setakat yang saya tahu, dalam mesyuarat perhubungan UMNO Sabah, tidak ada disebut ke mana gabungan dan tidak bincang mengenai kerusi,” katanya semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Abdul Rahman berkata, UMNO Sabah dalam proses perbincangan dengan UMNO Pusat dan disebabkan banyak sangat dinamik yang berlaku maka, setiap hari ada sahaja perkembangan terbaharu politik di negeri ini.

Maka, keputusan akan dibuat secara bersama dengan UMNO Pusat jadi, tidak betul apabila ada laporan menyatakan UMNO akan bergerak solo pada PRN Sabah.

Menurut beliau, UMNO negeri masih menunggu keputusan tentang siapa rakan gabungan yang akan dipilih. 

“Kalau diputuskan kita bergabung dengan parti A, kita ini adalah ahli parti. Kita akan akur dengan keputusan parti. Masalahnya belum ada keputusan. Keputusan yang dibuat harus diputuskan sebagai keputusan bersama sebagai sebuah parti.

“Tidak betul apabila menyatakan ada 22 bahagian, 15 bahagian di sini dan tujuh bahagian di sebelah sana. Kami semua bersatu dan menunggu keputusan yang akan dibuat. Selagi tiada keputusan dibuat oleh parti maka, selagi itu kita bergerak untuk memperkasakan UMNO dan BN Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya