989 mangsa banjir Sabah ditempatkan di enam PPS

989 mangsa banjir Sabah ditempatkan di enam PPS

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa banjir yang terjejas di Membakut semalam. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sejumlah 989 orang mangsa banjir masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara/kekal (PPS/PPK) di empat daerah di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, bilangan penduduk yang terjejas banjir meningkat sebanyak 268 orang berbanding 721 orang mangsa yang dilaporkan semalam.

Daerah yang paling ramai terjejas banjir adalah Beaufort dengan 538 orang mangsa daripada 177 keluarga dipindahkan ke PPK Dewan Selagon dan PPS Dewan Bisaya.

Sementara di Kinabatangan pula, seramai 278 orang mangsa daripada 71 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dan SK Bukit Garam manakala, di Tambunan, 13 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tambunan.

Daerah yang diisytiharkan bencana banjir semalam iaitu Membakut pula mencatatkan seramai 160 mangsa daripada 53 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut.

Pusat pemindahan banjir di Sabah mula dibuka sejak 4 Februari lalu susulan hujan berterusan yang turun di daerah-daerah yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya