81 terjejas banjir di Karak Setia - Utusan Malaysia

81 terjejas banjir di Karak Setia

KEADAAN banjir yang melanda sekitar Kampung Karak Setia di Karak, Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seramai 81 orang daripada 24 keluarga di Kampung Karak Setia di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.

Utusan Malaysia difahamkan, rumah penduduk mula dinaiki air tengah malam tadi susulan hujan lebat berterusan.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Shahid Ismail berkata, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Karak Setia, di sini.

“Walaupun tiada hujan pada masa ini namun air masih ‘termenung’ dan kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS.

“Pada masa ini pihak berkuasa masih melakukan pemantauan berterusan di sekitar kawasan berisiko banjir,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Mohd. Shahid, kenaikan air di kawasan berkenaan berlaku cepat kerana air daripada kawasan tanah tinggi khususnya Janda Baik dan Genting Highlands yang turun ke situ susulan hujan lebat malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya