80 pokok bonzai, kenderaan RM2.3 juta dirampas - Utusan Malaysia

80 pokok bonzai, kenderaan RM2.3 juta dirampas

SEBAHAGIAN pokok bonzai yang dirampas selepas menahan dua buah lori dalam serbuan berasingan di Jalan Kasban hadapan Pos Pok Teh Kana,Rantau Panjang, Kelantan. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas  80 pokok bonzai bernilai lebih RM2.3 juta sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup barangan itu selepas menahan dua buah lori dalam serbuan berasingan di Jalan Kasban hadapan Pos Pok Teh Kana, di sini kelmarin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, lori berkenaan ditahan selepas dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan bermula pukul 1 petang hingga 2 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas lori itu mendapati terdapat 80 pokok bonzai kayu hitam yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.  Kedua-dua pemandu lori terbabit yang berusia 54 tahun dan 59 tahun ditahan dan dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah bernilai RM 2.3 juta termasuk nilai kenderaan dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya