8 individu cemas terperangkap kepala air di Belukar Bukit 

8 individu cemas terperangkap kepala air di Belukar Bukit 

LAPAN ndividu terperangkap akibat fenomena kepala air dalam kejadian di kawasan Sungai Ceh, Belukar Bukit, Hulu Terengganu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seramai lapan individu berdepan detik cemas apabila terperangkap di kawasan Sungai Ceh akibat hujan lebat yang mencetuskan fenomena kepala air di Belukar Bukit, di sini semalam.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Zaharim Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.50 petang.

“Mangsa yang terdiri daripada kakitangan pejabat daerah dan geosains mineral ke kawasan tersebut sebelah pagi untuk melakukan kerja-kerja penandaan mata air panas.

“Bagaimanapun sewaktu perjalanan pulang, mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita terperangkap, tidak dapat menyeberangi sungai akibat arus deras susulan kepala air ekoran hujan lebat.

“Sewaktu anggota bomba sampai di lokasi, kesemua mangsa telah selamat seberangi sungai tersebut menggunakan rotan sebagai tali dengan bantuan orang kampung,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd. Zaharim, ketika itu air sudah mulai surut dan kesemua mangsa terlibat  tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya