51 PATI mengaku salah tiada dokumen sah, tinggal lebih masa - Utusan Malaysia

51 PATI mengaku salah tiada dokumen sah, tinggal lebih masa

PATI warga Indonesia dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi menghadapi pertuduhan memasuki dan berada di dalam negara ini tanpa dokumen yang sah serta tinggal melebihi masa. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasuki dan berada dalam negara ini tanpa dokumen yang sah serta tinggal melebihi masa, minggu lalu.

Kesemua tertuduh berusia 22 hingga 59 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, 24 tertuduh termasuk lapan wanita itu didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan 2002 kerana tinggal di negara ini tanpa mempunyai apa-apa dokumen yang sah.

Pertuduhan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, 27 tertuduh termasuk enam wanita pula didakwa berada di negara ini lebih dari masa yang telah ditetapkan iaitu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963 Pindaan 2002 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pantai Sungai Tiang, Rungkup di dalam daerah Bagan Datuk pada pukul 4.30 pagi, 2 Februari 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakala kesemua warga asing tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) dijatuhi hukuman penjara empat bulan daripada tarikh tangkapan manakala lima yang lain dijatuhi hukuman denda RM4,000.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) pula, mahkamah menetapkan semua 27 tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat bulan daripada tarikh ditangkap. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya