JASIN: Sampel kayu, kain, kabel pendawaian dan cebisan lantai yang musnah telah diambil untuk dianalisis bagi menentukan punca kebakaran sebuah rumah yang mengorbankan lima beranak dalam kejadian di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd. Pisar Aziz berkata, sampel berkenaan akan dihantar ke Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM di Seremban, Negeri Sembilan untuk dianalisis. Katanya, pemilihan sampel tersebut dilakukan oleh unit khidmat anjing pengesan (K9) JBPM di lokasi kejadian. “Sampel ini akan dihantar ke makmal forensik di Seremban untuk dianalisis. “Keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya