PUTRAJAYA: Seramai 4,886 orang MBPK dari 841 buah sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SASM Tahun 2024 bagi MBPK akan dikeluarkan pada 26 Februari ini iaitu pada Rabu depan dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi
“Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Januari lalu.
“KPM sentiasa komited untuk terus memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan terjamin untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KPM memaklumkan, SASM adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan yang terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir. – UTUSAN