48,000 ekor ayam mati akibat ladang terbakar

48,000 ekor ayam mati akibat ladang terbakar

KEBAKARAN ladang penternakan yang menyebabkan kematian kira-kira 48,000 ekor ayam di Kampung Paya Muyud, Jitra di Kubang Pasu. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kira-kira 48,000 ekor ayam mati dalam kebakaran melibatkan sebuah bangunan dua tingkat di ladang penternakan ayam Kampung Paya Muyud, Jitra di sini, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 malam.  

“Ladang itu difahamkan mempunyai hampir 50,000 ekor ayam dan dianggarkan kira-kira 48,000 daripadanya mati akibat terbakar dan lemas dalam asap. 

“Kemusnahan hampir 80 peratus dengan tindakan pemadaman masih giat dijalankan sambil dibantu pasukan bomba sukarela, sebelum api berjaya dikawal pada pukul 12.46 tengah malam,” katanya di sini, hari ini.

Bustan berkata, bomba berdepan cabaran berikutan bekalan air yang terhad di lokasi kejadian dan setakat ini punca kejadian serta nilai kerugian masih disiasat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya