Nancy Shukri beri bantuan YKN 460 pelajar kembali ke Sekolah

460 pelajar terima bantuan sumbangan YKN Kembali ke Sekolah

NANCY Shukri bersama sebahagian pelajar yang menerima sumbangan Kembali ke Sekolah yang diadakan Kuching baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Shukri, baru-baru ini menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah kepada 460 murid dari Kuching dan Padawan, Sarawak.

Sumbangan itu disampaikan semasa merasmikan Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Kamek Nengar, Kamek Nulong” dan majlis Penyampaian Sumbangan Back to

School yang berlangsung di sebuah pusat beli belah Kuching, Sarawak.

Sepanjang tempoh permulaan sesi persekolahan 2025, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menghulurkan sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada hampir 1000 murid sekitar Kuching, Padawan, dan Lundu, Sarawak.

Nancy berpesan kepada semua pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan kerana pendidikan menjadi aset penting dan mampu mengubah taraf hidup pada masa hadapan.

Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga dan menyuntik motivasi pelajar untuk terus bersemangat dalam mengejar kecemerlangan pendidikan.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui YKN terus komited dalam memperkukuhkan peranan PSSS dalam menyediakan khidmat psikososial kepada masyarakat.

“Kanak-kanak dan remaja zaman kini menghadapi pelbagai cabaran kehidupan moden dan masalah isu kesihatan mental. Tekanan yang dihadapi sejak usia muda, sama ada disebabkan oleh masalah keluarga, pembelajaran, atau persekitaran, boleh memberi kesan jangka panjang jika tidak ditangani dengan baik, “ ujarnya.

Nancy juga menyeru lebih banyak syarikat korporat dan organisasi untuk tampil menyokong inisiatif ini.

“Kerjasama semua pihak diperlukan untuk memastikan kejayaan program ini. Sokongan daripada pihak korporat bukan sahaja membantu dalam aspek pembiayaan tetapi juga dalam menganjurkan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Program Jelajah Kasih dan Sumbangan Back to School itu adalah bukti komitmen YKN dalam membantu kerajaan membina masyarakat yang lebih sejahtera dan prihatin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN