40 peratus polis Terengganu BMI lebih 28

40 peratus polis Terengganu BMI lebih 28

MOHD. Khairi khairudin (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Sharudin Abdul Wahab (kanan) dan Zainul Mujahidin Mat Yudin di perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kira-kira 40 peratus pegawai dan anggota polis di Terengganu belum memenuhi syarat mempunyai indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 untuk menikmati kenaikan pangkat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, ketika ini kontinjen Terengganu mempunyai kira-kira 3,900  pegawai dan anggota polis.

“Pelbagai aktiviti riadah dan program dilaksanakan bagi memberi semangat kepada semua pegawai dan anggota terutama mereka yang BMI masih melebihi 28.

“Selain program kayuhan basikal, aktiviti sukan seperti mendaki bukit serta jogging juga antara riadah dilakukan. Mereka yang punyai BMI masih kurang daripada 28, diharap dapat terus berusaha mencapainya.

“Bukan untuk syarat kenaikan pangkat semata-mata tetapi kesihatan pegawai dan anggota. Warga Polis Diraja Malaysia perlu dalam keadaan fit serta sihat untuk bertugas di lapangan,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Perkep Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Kuala Berang, di sini hari ini.

Superintenden Sharudin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu menggantikan Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin yang bertukar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya