4 individu termasuk Datuk direman terlibat rasuah RM2.6 juta

4 individu termasuk Datuk direman terlibat rasuah RM2.6 juta

EMPAT Individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.

Turut ditahan ialah dua pengarah syarikat termasuk dua naib presiden kanan sebuah syarikat.

Susulan itu, suspek lelaki bergelar Datuk itu direman selama lima hari sehingga 17 Februari, manakala tiga lagi suspek masing-masing membabitkan dua lelaki dan seorang wanita direman selama empat hari sehingga 16 Februari.

Perintah reman itu diputuskan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek bergelar Datuk berkenaan dipercayai telah berpakat dengan salah seorang suspek yang juga pengarah syarikat untuk memberi rasuahmendapatkan tender penjualan tanah.

“Wang rasuah itu dibayar kepada seorang pegawai syarikat konglomerat multinasional di negara ini bagi mendapatkan tender penjualan tanah di Klang.

“Siasatan awal mendapati, pengarah syarikat yang berpakat dengan Datuk itu bersama-sama dengan dua naib presiden kanan syarikatnya telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kra RM2.6 juta.

“Ia kemudian dipindahkan ke akaun syarikat lain,” katanya hari ini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 50 hingga 60-an termasuk seorang suspek berjawatan pengurus akaun ditahan kira-kira pukul 5 petang hingga 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, katanya, pengurus akaun syarikat berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya