300,000 pengunjung ke Langkawi pada Januari

300,000 pengunjung ke Langkawi pada Januari

PELANCONG mengambil peluang menaiki perkhidmatan cruise ketika berkunjung ke Pulau Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tarikan pelancongan di pulau peranginan berstatus antarabangsa ini tidak pernah pudar meskipun dikatakan berdepan ‘persaingan’ negara jiran sejak kebelakangan ini.

Buktinya apabila seramai 300,000 pengunjung direkodkan memasuki Pulau Langkawi hanya untuk tempoh sepanjang Januari lalu sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, jumlah itu juga lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 250,000 orang.

“Saya menganggarkan hampir 300,000 orang masuk ke Langkawi pada Januari lalu kerana acara-acara yang dijalankan ketika itu.

“Langkawi menjadi tuan rumah kepada tiga mesyuarat ASEAN, di samping Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean yang membawa masuk ramai delegasi ke Langkawi,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, selain ASEAN, musim cuti persekolahan panjang sejak pertengahan Januari lalu turut menyumbang kepada angka tersebut.

Jelasnya, penerbangan terus ke Langkawi dari Bengaluru, India setiap hari dan program musim sejuk bersama syarikat penerbangan Lot dari Poland juga membawa masuk pelancong secara konsisten ke pulau ini.

“Bagi laluan laut, kerja-kerja pengerukan laluan perjalanan feri juga sedang giat dilakukan dan dijangka siap sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA25),” katanya.

Haslina berkata, LADA dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan Persekutuan juga sedang giat melaksanakan persiapan bagi pameran dwi tahunan itu yang akan berlangsung pada Mei nanti.

“LADA telah dilantik sebagai penyelaras bagi Jawatankuasa Logistik dan Kebersihan untuk LIMA25. Kerja-kerja persiapan telah digerakkan oleh agensi berkaitan bagi menjayakan pelaksanaan LIMA25,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya