3,000 tapak bazar Ramadan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus

3,000 tapak bazar Ramadan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus

ROSLI Latif (tengah) melawat medan selera muara Utara di Hulu Takir, Terengganu hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan kira-kira 3,000 lot tapak bazar di dua daerah iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada Ramadan kali ini.

Datuk Bandarnya, Datuk Rosli Latif berkata, sebanyak 12 tapak bazar Ramadan disediakan di daerah Kuala Terengganu manakala bakinya di daerah Kuala Nerus.

“Kita turut menyediakan empat tapak bazar Aidilfitri di kawasan bandar raya Kuala Terengganu dan satu di daerah Kuala Nerus.

“Tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dikendalikan Persatuan Peniaga dan Penjaja serta Persatuan Kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat  Medan Selera Muara Utara di Kampung Hulu Takir, di sini, hari ini.

Beliau berkata, MBKT turut menyediakan tiga perkampungan moreh sepanjang Ramadan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan mulia itu.

“Tiga perkampungan moreh tersebut ialah di Jalan Persinggahan, tapak Payang Walk dan di Pulau Warisan untuk memberi peluang kepada orang ramai berbuka, bermoreh atau bersahur dengan rakan dan saudara mara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya