SERAMAI 300 kanak-kanak menyertai program Berkhatan Anak Pahang 2025 peringkat Daerah Maran baru- baru ini.
Pengerusi Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara ( YPM) Datuk Seri Dr.Ismail Mohamed Said berkata, program musim cuti sekolah ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi meringankan beban ibu bapa dalam menanggung kos berkhatan sebanyak RM200 seorang.
Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta di bawah Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) bagi menjayakan program Berkhatan Anak Pahang 2025 kepada 3,500 kanak-kanak daripada keluarga B40 negeri ini. – UTUSAN