3 syarikat baharu dilantik perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor selain Puspakom

3 syarikat baharu dilantik perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor selain Puspakom

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak tiga syarikat baharu dilantik bagi melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) selain daripada Puspakom sebagai pilihan penyedia perkhidmatan itu.

Tiga syarikat itu ialah WAWASAN BINTANG SDN. BHD. bagi kawasan Pelabuhan Klang, Selangor; Gua Musang, Kelantan dan Mersing, Johor; PAKATAN PETROLEUM SDN. BHD. bagi kawasan Rawang, Selangor dan Temerloh, Pahang dan BERIMAN GOLD SDN. BHD. bagi Kuching dan Serian, Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarikat yang menerima surat tawaran pelantikan PPKM hari ini diberikan tempoh 24 bulan (2 tahun) untuk melengkapkan keperluan infrastruktur termasuk pembangunan premis, perolehan peralatan pemeriksaan serta mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, sepanjang tempoh pembangunan ini, MOT melalui JPJ akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan syarikat yang dilantik mematuhi semua syarat dan standard operasi PPKM yang telah ditetapkan.

“Lesen Operasi hanya akan diberikan setelah syarikat berkenaan memenuhi sepenuhnya keperluan peraturan dan kelengkapan peralatan serta bersedia untuk memulakan operasi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya