2,873 murid kembali ke sekolah 

PARLIMEN: 2,873 murid kembali ke sekolah 

WONG Kah Woh - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan berjaya mengembalikan seramai 2,873 murid ke dalam sistem pendidikan menerusi Program ‘outreach’ pada 2024. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata, menerusi program itu, seramai 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah berjaya kembali ke sekolah. 

“Ini adalah hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan komuniti setempat sebagai usaha menangani isu keciciran murid di seluruh negara,” katanya di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang memintanya untuk menyatakan langkah proaktif yang diambil kementerian bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.

Mengulas lanjut, Kah Woh, berkata, Kementerian Pendidikan turut giat  memperkukuhkan program SiPKPM dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan isu keciciran murid. 

“Penggunaan AI membolehkan pihak sekolah mengesan murid secara individu dan melaksanakan intervensi lebih awal sebelum mereka tercicir. Ini akan meningkatkan kecekapan kementerian dalam menangani masalah ini,” katanya.

Katanya, usaha ini selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya menerusi Inisiatif 104 yang memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan akses pendidikan dari peringkat prasekolah hingga menengah atas.  

“Kementerian Pendidikan komited untuk memastikan setiap murid di seluruh negara mendapat akses pendidikan yang berkualiti dan inklusif. 

“Kerjasama dengan komuniti serta pelaksanaan teknologi pintar akan terus diperkukuh bagi mencapai matlamat ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya