256,869 pelajar mulakan sesi baharu persekolahan di Terengganu

 256,869 pelajar mulakan sesi baharu persekolahan di Terengganu

MURID tahun satu hingga enam disambut mesra maskot memakai kostum katak pada hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa, Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 256,869 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan 2025/2026 bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, semua pelajar dan murid berkenaan memulakan sesi pembelajaran di 506 sekolah yang lengkap dengan kemudahan.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 107,555 orang adalah  pelajar sekolah menengah, manakala 149,314 orang merupakan murid sekolah rendah.

“Bilangan  murid tahun satu bagi sesi akademik 2025/2026 juga  meningkat kepada 23,254 orang berbanding 22,126 pada sesi persekolahan  lalu. Bagi minggu pertama ini, tiada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan.

“Jadual hanya sesi orientasi atau takruf untuk pastikan penyesuaian pelajar kepada persekitaran sekolah,” katanya selepas meninjau hari pertama persekolahan seisi  2025/ 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Jelani berkata, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM36,224,100 juga telah selesai diagihkan.

“Agihan melibatkan seramai 241,494 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh Terengganu dijalankan pada musim cuti sekolah baru-baru ini. Cuma bagi pelajar Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Agama Malaysia agihan dibuat  bulan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya