200 pelajar terima sumbangan program kembali ke sekolah

200 pelajar terima sumbangan program kembali ke sekolah

SEORANG pelajar menerima sumbangan daripada Rezy Izwan Ramly sambil diperhatikan Ahmad Sabki Yusof dan Sarifuddin Mohd Fahmi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SERAMAI 180 pelajar dan 20 pelajar kurang berkemampuan dari PPR Seri Cempaka menerima RM70,000 daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Program kembali ke sekolah SSM 2025 baru-baru ini.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan persekolahan bernilai RM350 setiap seorang itu disempurnakan Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof.

Dalam ucapannya, Ahmad Sabki berkata, program tersebut mencerminkan komitmen SSM menyokong usaha memperkasa generasi akan datang kerana pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk generasi muda yang berwawasan, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin serta berdaya saing. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa

Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM, Rezy Izwan Ramly dan Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka. Sarifuddin Mohd Fahmi.

Kata beliau sejak 1 Januari hingga 31 Disember 2024, pihaknya mengagihkan lebih RM7.4 juta menggunakan dana Wakalah Zakat Korporat SSM kepada 11,242 penerima asnaf di seluruh negara.

Dalam tempoh yang sama, SSM juga telah menyumbangkan lebih RM535,000 menggunakan dana CSR kepada 932 penerima yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN