KLUANG: Kira-kira 179,000 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) seluruh negara bakal menerima manfaat hasil perniagaan berasaskan ayam dan perhotelan yang diceburi persatuan itu. Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata, perniagaan yang sudah digerakkan sejak tiga bulan lalu adalah sebahagian daripada usaha persatuan membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahlinya. Katanya, selain perniagaan makanan berasaskan ayam, persatuan juga melibatkan urus niaga perhotelan dengan penyediaan 480 bilik di dua hotel di Paroi, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. “Menceburi dua perniagaan ini dilihat mendapat sambutan menggalakkan bukan hanya di dalam negara malah turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya