17 kenderaan rosak dihempap pokok

17 kenderaan rosak dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan kereta dan lapan motosikal rosak selepas dihempap pokok tumbang di Blok G9, Seksyen 2, Wangsa Maju semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pokok tumbang itu pada pada 11.43 malam dan beberapa anggota APM dikerahkan ke lokasi.

Menurut beliau, pihaknya mendapati sebanyak 17 kenderaan terbabit dalam kejadian itu iaitu sembilan kereta dan lapan motosikal yang diletakkan di tempat kenderaan.

“Kita terus melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaan terbabit.

“Operasi memotong dan mengalihkan pokok itu membabitkan seorang pegawai dan 10 anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya