16 kaki judi dicekup belakang tokong

16 kaki judi dicekup belakang tokong

WANG tunai sebanyak RM30,470 dan cip pelbagai warna yang dirampas di belakang sebuah tokong di Kampung Rawang, Tangkak, Johor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seramai 16 individu termasuk dua wanita yang leka bermain judi mahjung tergamam dan tidak sempat melarikan apabila diserbu polis, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, kesemua mereka yang berusia antara 35 hingga 65 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak pada pukul 1.45 pagi di belakang sebuah tokong di Kampung Rawang, Sungai Mati di sini.

“Kita turut merampas pelbagai peralatan judi dan wang tunai bernilai RM30,470.

“Antara barang yang dirampas adalah 48 buah mahjung, dua batang pensil, tiga dadu, satu set piring dan mangkuk, sebuah meja, 16 kerusi plastik dan cip pelbagai warna,” katanya.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya