15,500 kakitangan kontrak Kemas diserap jawatan tetap

15,500 kakitangan kontrak Kemas diserap jawatan tetap

MOHD. HANAFIAH Man (dua dari kanan) menerima cenderamata disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Program Pemerkasaan Masyarakat Madani Kemas Melaka di Dewan Pusat Kegiatan Kemas Melaka Tengah, Telok Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 15,500 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) termasuk guru-guru akan diserapkan daripada jawatan kontrak ke jawatan tetap apabila skim perjawatan agensi itu dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan Kemas akan diperhalusi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

Menurutnya, sudah tiba masa perjawatan yang sebelum ini berstatus kontrak menjadi tetap setelah mereka berkhidmat hampir 40 tahun.

Beliau berkata, cadangan untuk mengemas kini semula skim perjawatan termasuk tangga gaji telah dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

“Arahan yang diberikan untuk melihat kemungkinan jawatan di Kemas ini tidak lagi bersifat kontrak dan kita akan perbetulkan semula skim perjawatan serta diperhalusi dengan JPA dalam masa terdekat.

“Selama ini kakitangan Kemas berstatus kontrak dan sudah tiba masanya mereka diberikan jawatan tetap kerana mereka ini telah berkhidmat antara 15 hingga 40 tahun.

“Kita mempunyai tempoh tiga bulan untuk menyiapkan cadangan perjawatan dan gred gaji sebelum dibentangkan kepada Kabinet,” katanya ketika ditemui pada Program Pemerkasaan Masyarakat Madani Kemas Melaka di Dewan Pusat Kegiatan Kemas Melaka Tengah, Telok Mas di sini, semalam.

Tambah Mohd. Hanafiah, skim gaji baharu guru-guru Kemas yang berstatus kontrak juga akan diberikan jawatan tetap membabitkan seramai 10,600 orang di seluruh negara.

“Kami ada 10,600 kelas dan 10,600 guru yang berkhidmat secara sukarela dan sewajarnya mereka juga harus diserapkan ke jawatan tetap,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya