143 bayi lahir kaedah IVF - Tunku Azizah

143 bayi lahir kaedah IVF – Tunku Azizah

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) menyantuni pasangan Sabrina Hakiem Zaini dan Mohd. Fikry Amri Abdul Halim di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan perasaan syukur kerana 143 bayi dilahirkan membabitkan 120 pasangan menerusi kaedah rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) sejak 2005.

Titah baginda, kelmarin sekali lagi menjadi detik bersejarah buat 65 pasangan dari seluruh negara yang turut menerima tawaran rawatan IVF percuma daripada program berkenaan.

“Apa yang Allah kurniakan, saya hendak beri balik kepada orang senasib dengan saya satu ketika dahulu. Saya harap semua rawatan ini berjaya dilaksanakan dan mendoakan hasrat ibu bapa mendapat zuriat dimakbulkan,” titah baginda pada majlis meraikan pasangan yang menyertai program IVF anjuran Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di sini, kelmarin.

Tunku Azizah Aminah Maimunah selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF menyerahkan sendiri surat tawaran IVF kepada 65 pasangan yang terpilih untuk menjalani rawatan berkenaan.

Sementara itu, pasangan suami isteri yang kehilangan anak berusia lapan bulan selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka, tahun lalu terharu apabila ditawarkan menyertai program IVF secara percuma oleh TAFF.

Sabrina Hakiem Zaini, 40, bersama suaminya, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abd. Halim, 40, meluahkan perasaan syukur atas peluang kedua untuk menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, Allah SWT pernah beri saya peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak.

“Itu satu anugerah yang tidak semua orang dapat dan saya lebih menghargainya selepas berbual dengan pasangan lain yang sudah bertahun-tahun menunggu peluang melalui TAFF,” katanya.

Sabrina yang bekerja sebagai guru berkata, tawaran itu membuka jalan untuk mereka menjalani rawatan IVF selepas tragedi menimpa Allahyarham anaknya, Muhammad Al-Fateh Amri pada 6 September 2024.

“Saya sangat bersyukur kerana selepas kejadian itu, Tuanku terus memberi kami peluang untuk menjalani rawatan IVF. Kami berharap rawatan kali ini berjaya dan sekali lagi diberi rezeki untuk menimang cahaya mata,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya