12 orang cedera, bas ekspres terlibat kemalangan dengan lori tangki

12 orang cedera, bas ekspres terlibat kemalangan dengan lori tangki

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori tangki di Kilometer 35.3 Lebuhraya PLUS menghala arah selatan di Kulai, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seramai 12 daripada keseluruhan 24 mangsa mengalami kecederaan apabila sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 35.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Roizani Rosdi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.24 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai 15 anggota beserta satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah bas dinaiki 21 penumpang dengan seorang pemandu telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki dinaiki dua lelaki iaitu masing-masing pemandu dan kelindan.

“Kemalangan itu menyaksikan 12 mangsa cedera dengan kesemuanya telah dihantar ke hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Antara yang cedera termasuklah seorang wanita warga Myanmar berusia 76 tahun patah kaki kiri dan tangan kiri, seorang lelaki tempatan cedera di muka manakala seorang lelaki Singapura cedera di mulut,” katanya kepada pemberita ketika ditemukan di lokasi kejadian.

Tambah Mohd. Roizani, operasi menyelamat kemudian ditamatkan pada pukul 4.39 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya