12 mesin bitcoin dirampas, lelaki ditahan curi elektrik

12 mesin bitcoin dirampas, lelaki ditahan curi elektrik

SEBAHAGIAN daripada mesin bitcoin yang dirampas dalan Op Lektrik di di Taman Sejati, Kampung Wakaf Baru, Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Polis melumpuhkan sindiket perlombongan haram mata wang kripto bitcoin dalam Op Lektrik di Taman Sejati, Kampung Wakaf Baru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,  Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)  melakukan serbuan di premis tersebut pada pukul 3 pagi.

Katanya, hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang kripto Bitcoin.

“Suspek dikesan mencuri elektrik dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram dengan nilai kerugian besar kepada TNB,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata, polis turut merampas sebanyak 12 unit mesin perlombongan bitcoin, 12 unit alat penyejuk mesin bitcoin, komputer dan telefon bimbit yang bernilai keseluruhan sebanyak RM15,600.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK dan 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya