Zakat Pulau Pinang kutip RM169.7 juta sepanjang 2024

Zakat Pulau Pinang kutip RM169.7 juta sepanjang 2024

MOHAMAD ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN : Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan peningkatan memberangsangkan apabila merekodkan jumlah keseluruhan kutipan keseluruhan sebanyak RM169.7 juta sepanjang tahun lepas. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, pencapaian itu merupakan peningkatan lebih RM10 juta berbanding kutipan pada tahun sebelumnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, pencapaian itu juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap pelan penstrukturan dan perubahan yang dilaksanakan oleh MAINPP ketika ini.

“Kejayaan tersebut adalah hasil pelaksanaan Pelan Penstrukturan MAINPP 2024, yang bermula pada 1 Mac tahun lalu melibatkan penstrukturan organisasi serta penambahbaikan prosedur pentadbiran dan kewangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan Zakat Pulau Pinang (ZPP),” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, peningkatan itu juga membuktikan keyakinan rakyat, khususnya umat Islam Pulau Pinang, terhadap usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh MAINPP dan ZPP sekaligus menepis dakwaan negatif sesetengah pihak yang mendakwa pelan berkenaan akan menjejaskan kutipan zakat.

“Kejayaan ini sebenarnya tidak hanya mencerminkan keberkesanan sistem pengurusan zakat, tetapi juga semangat kerjasama yang erat di antara semua pihak yang berkepentingan.

“Semoga kerjasama erat di antara kesemua pihak berkepentingan ini akan memberikan impak positif yang besar dalam agenda pembangunan agama Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya