Yayasan Matrix Concepts raikan pertubuhan OKU sempena Tahun Baru Cina

Yayasan Matrix Concepts raikan pertubuhan OKU sempena Tahun Baru Cina

NOORDIN Mohd. Yatib (kanan) menyerahkan ceh contoh kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban pada Program Matrix Concepts Tahun Baru Cina CSR @ Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban di Jalan Tuanku Antah, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, Yayasan Matrix Concept meraikan kira-kira 35 orang ahli Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban di sini hari ini.

Pengerusi Yayasan Matrix Concepts, Datuk Noordin Mohd. Yatib berkata, pada program itu, pihaknya turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada pertubuhan tersebut.

“Sambutan Tahun Baharu Cina ini adalah masa untuk muhasabah, berterima kasih dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Oleh itu, kami di Yayasan Matrix Concepts tampil meraikan seramai 35 ahli dan enam penjaga daripada Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya Seremban ini.

“Acara sebegini memberi semangat sebenar dalam meraikan perayaan dengan menggalakkan rasa perpaduan dan menunjukkan kita bertanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Yang hadir sama pada program itu ialah, Penasihat Yayasan Matrix Concepts, Datin Seri Yong Chou Lian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya