PASIR MAS: Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) membelanjakan sebanyak RM5 juta setahun untuk menjaga kebajikan 977 anak yatim dan yatim piatu yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 977 penerima itu menerima Bantuan Kasih sejak 2022 secara berfasa termasuk 35 keluarga merangkumi 105 orang di Kelantan. Katanya, mereka yang layak terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40 yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19. “YKM komited meneruskan pemberian Bantuan Kasih pada tahun ini kepada keluarga yang layak terutama mereka yang berada di kelompok B40.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya