Wujud ‘runner’ seludup barang kawalan ke negara jiran

Wujud ‘runner’ seludup barang kawalan ke negara jiran

BOT Penumpang yang menjadi `runner’ ditahan semasa cuba seludup petrol ke negara jiran di Tawau pada Sabtu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tawau mencatatkan 108 tangkapan dengan nilai rampasan RM12.2 juta pada tahun lalu, iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kedudukan perairan Tawau yang berada di sempadan Malaysia-Indonesia antara cabaran utama yang dihadapi bagi melaksanakan penguatkuasaan. 

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 9,187 pemeriksaan vesel di laut turut direkodkan di perairan berkenaan.

“Pihak kami tidak menolak kemungkinan wujudnya ‘runner-runner’ yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan dalam kuantiti kecil namun secara berulang ke negara jiran.

“Namun, APMM akan terus mengekang sindiket penyeludupan ini bagi mengelakkan ketirisan barang kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SHAHRIZAN RAMAN

Sepanjang tempoh sama, hanya satu kes Carilamat direkodkan di daerah ini dan ia menunjukkan penurunan yang ketara susulan kempen-kempen kesedaran keselamatan di laut yang dilakukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya berjaya menahan sebuah bot penumpang disyaki ‘runner minyak’ yang menyeludup petrol ke negara jiran pada pukul 9.55 malam, Sabtu lalu.

Bot penumpang dikendali oleh seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan bot peronda yang sedang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris pada kedudukan 1.7 batu nautika selatan Batu Tiga.

“Pemeriksaan ke atas bot penumpang itu mendapati, terdapat 10 gelen petrol dianggarkan sebanyak 250 liter dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. 

“Bot bersama juragan serta muatan tersebut diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya