KUALA TERENGGANU : Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berada di pantai susulan penemuan ratusan ubur-ubur beracun atau Portuguese Man of War di beberapa pantai terkenal di negeri ini. Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, setakat ini laporan yang diterima adalah di pantai Beting Lintang, Besut; Rhu 10 di Setiu, Pantai Tok Jembal, Pulau Redang dan Mengabang Telong di Kuala Nerus serta pantai Batu buruk, Kuala Terengganu. Hidupan itu turut ditemukan di Pantai Sura, Dungun. “Jangan sentuh ubur-ubur tersebut kerana sengatannya sangat beracun dan boleh mendatangkan kesan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya