Waspada laman web MDAC palsu - Jabatan Imigresen

Waspada laman web MDAC palsu – Jabatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai, khususnya pengembara supaya berwaspada terhadap kewujudan laman web palsu yang menyamar sebagai platform rasmi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC).

Menurutnya, laman web palsu itu menggunakan pautan https://malaysia-arrivalcard.vercel.app/ yang boleh mengelirukan pengguna serta berpotensi mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“JIM menasihatkan orang ramai untuk memastikan mereka hanya melayari laman web rasmi bagi tujuan permohonan MDAC. 

“Langkah itu penting bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan melindungi data peribadi,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook. 

Pengguna diwajibkan menggunakan pautan rasmi MDAC melalui laman web https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main dan elak melayari sebarang pautan selain pautan tersebut untuk mengelakkan sebarang risiko. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya