SEGAMAT: Pihak Hospital Segamat mencari waris seorang warga emas yang meninggal dunia semalam.
Jurucakap Hospital Segamat, jenazah Md. Kidang Md. Tadin masih belum dituntut di Unit Forensik sejak dia disahkan meninggal dunia pada pukul 2.31 petang semalam.
“Warga emas berumur 75 tahun itu beralamat terakhir di Kampung Tui, Bukit Kepong, Muar.
“Ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali Allahyarham diminta menghubungi Hospital Segamat untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Abdul Faiz Razali di Unit Forensik menerusi talian 079433333 (sambungan 292).-UTUSAN