Warga emas dilaporkan hilang di Johor ditemukan lemas di Pulau Pangkor - Utusan Malaysia

Warga emas dilaporkan hilang di Johor ditemukan lemas di Pulau Pangkor

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang kira-kira lima hari lalu, ditemukan tidak bernyawa di pesisiran pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman, berkata mangsa berusia 87 tahun itu ditemui orang ramai sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Pangkor pada pukul 11.24 pagi.

“Pihak polis kemudian pergi ke lokasi dan siasatan awal menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan oleh pihak Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat di Hospital Seri Manjung mendapati punca kematian adalah lemas dan kes diklafikasi sebagai kematian mengejut.

Katanya, hasil semakan polis mendapati mangsa yang bukan seorang nelayan telah dilaporkan hilang di Johor Bahru, Johor, pada 12 Januari lalu.

Beliau berkata, laporan dibuat oleh keluarga mangsa yang memaklumkan bahawa warga emas itu keluar dari rumah bersendirian.

Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Pangkor di talian 05-6851222 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 dan ‘hotline’ whatsapp di talian 014-6828005. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya