Warga emas antara 16,929 calon SPM 2024 Negeri Sembilan

Warga emas antara 16,929 calon SPM 2024 Negeri Sembilan

PUTRA Hashim (tengah) beramah mesra dengan calon SPM 2024 di SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Dua calon persendirian berusia lebih 60 tahun merupakan antara seramai 16,929 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Negeri Sembilan.

Mereka antara 16,929 jumlah calon keseluruhan SPM 2024 dengan peningkatan 952 calon atau (6.0 peratus) berbanding 15,977 calon SPM 2023.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Putra Hashim berkata, dua calon persendirian berkenaan ialah Abdul Kadir Tapre, 63, yang mendaftar tujuh mata pelajaran sementara Johan Hamzah, 62, mendaftar tiga mata pelajaran.

Katanya, kedua-duanya mengambil kertas peperiksaan di Pusat SM Summit 2 di Seremban.

Sementara itu, katanya, peperiksaan SPM 2024 di Negeri Sembilan akan diadakan di 145 buah pusat peperiksaan yang membabitkan seramai 901 orang petugas peperiksaan.

“Terdapat peningkatan seramai 952 calon kali ini berbanding 15,977 calon SPM pada 2023. Daripada keseluruhan calon SPM 2024, seramai 14,824 adalah pelajar sekolah kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara (412), sekolah kerajaan negeri (53), sekolah swasta (755), calon persendirian (804) dan Sekolah Agama Rakyat (81).

“Seramai orang 10 calon terpaksa menduduki peperiksaan masing-masing di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban; Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah; Hospital Selayang, Selangor; Hospital KPJ Seremban; Hospital Rembau; Hospital Jempol; Hospital Tampin dan Hospital Port Dickson kerana masalah kesihatan dan kemalangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu, Kuala Klawang di sini hari ini.

Sementara itu, pihaknya juga memaklumkan bersedia dengan sebarang risiko sepanjang peperiksaan berlangsung termasuk menerusi Operasi Payung bagi berdepan banjir dan jangkaan luruan Monsun Timur Laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya