Warga Bangladesh cuba masuk Malaysia ikut Sungai Golok kena cekup

Warga Bangladesh cuba masuk Malaysia ikut Sungai Golok kena cekup

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menahan lelaki warga Bangladesh yang cuba menyeludup masuk ke negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok di Tanah Merah, Kelantan. - IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan cubaan tiga lelaki warga Bangladesh menyeludup masuk ke negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok, di sini semalam.

 Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga lelaki berkenaan dikesan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) kira-kira pukul 10 malam.

“Ketika melaksanakan rondaan, sepasukan anggota mengesan tiga lelaki dewasa yang mencurigakan berada di tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia. Apabila didekati, dua daripada tiga  lelaki tersebut melarikan diri ke arah Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tersebut merupakan pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Bangladesh. 

“Lelaki berkenaan mendakwa tiba di Bangkok, Thailand pada 8 Januari lalu melalui penerbangan dari Bangladesh dan dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand oleh ejen atau ‘tekong’ yang mengaturkan kemasukan ke Malaysia melalui laluan tidak sah dengan menyeberangi Sungai Golok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya