Warga asing hidup mewah hasil jual dadah

Warga asing hidup mewah hasil jual dadah

RAUB (kiri) menunjukkan Maserati Granturismo yang dirampas hasil tangkapan ke atas warga Singapura pada sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kehidupan mewah empat warga asing termasuk dua wanita termauk mampu memiliki kenderaan mewah jenis Maserati Granturismo bernilai lebih RM400,000 terbongkar selepas dicekup polis dalam dua siri serbuan di sekitar bandar raya ini pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, rahsia hidup mewah dua lelaki warga dan seorang wanita Singapura serta wanita Thailand berusia antara 30 hingga 40 tahun ‘bocor’ susulan tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan yang disyaki pengedar dadah.

Katanya, serbuan pertama dilakukan susulan siasatan kes rompakan bersenjata yang dilakukan suspek warga tempatan berusia 36 tahun ke atas sebuah kedai snuker di kawasan Stulang Laut di sini pada 17 Januari.

“Dalam rompakan itu, suspek menggunakan sebilah pisau lipat dan melarikan wang tunai RM1,060 daripada juruwang bertugas.

“Hasil siasatan itu, polis membuat tangkapan ke atas suspek di tepi Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Johor Bahru dan merampas beberapa barangan termasuk motosikal Yamaha LC, telefon bimbit serta beg berwarna hitam.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dadah heroin dan syabu kira-kira tiga kilogram (kg) yang dibawa suspek dan hasil siasatan suspek mengaku menjadi ahli sindiket yang didalang warga asing terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Raub berkata, polis seterusnya melakukan serbuan ke atas sebuah pangsapuri mewah di sini dan berjaya menahan keempat-empat suspek di atas.

Ujarnya, hasil kedua-dua serbuan ini polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk 2.27kg heroin, ganja (1.06kg), ketamin (590.66 gram), serbuk ekstasi (174 gram), syabu (6.3 gram), pil eramin 5 (1.3 gram dan 13.67 liter cecair disyaki dadah bernilai RM97,707.86.

Tambahnya, sindiket ini yang sudah beroperasi sejak Disember tahun lalu menjadikan rumah pangsapuri mewah sebagai tempat memproses dadah termasuk membancuh cecair rokok elektronik atau vape berperisa dadah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya