Warga asing dipenjara, sebat rompak warga emas

Warga asing dipenjara, sebat rompak warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua orang lelaki warga Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak beg duit milik seorang wanita warga emas, dua minggu lalu.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian setelah tertuduh, Ari Ablia Lubis, 26, dan Umar Ardiansyah, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. 

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 6 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa merompak beg duit mangsa yang mengandungi i wang tunai sebanyak RM100 pada pukul 12.55 tengah hari, 5 Januari lalu di Lorong Haji Taib, Dang Wangi di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, Ari Ablia dan Umar Ardiansyah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman minimum terhadap mereka atas alasan perlu menanggung keluarga.

Menurut fakta kes, pada 5 Januari lalu, kedua-dua tertuduh didakwa telah merompak Yee Chooi Lan, 64, dan perbuatan tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

Kemudian, pada keesokan harinya, kedua-dua lelaki itu ditahan dan polis berjaya menemui barang-barang milik mangsa termasuk beg kulit dan kad pengenalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya