Wanna Ali bakal nikah Februari ini? - Utusan Malaysia

Wanna Ali bakal nikah Februari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berbunga-bunga hati Cik Bunga apabila mendapat perkhabaran mengenai pelakon wanita yang juga anak seorang penerbit terkemuka tanah air ini. Siapa lagi kalau bukan Wanna Ali, anak kepada Datuk Ayu, pemilik rumah produksi Pencil Pictures.

Khabarnya, pelakon cantik ini bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Apa yang Cik Bunga dengar, Februari inilah majlisnya akan dilangsungkan.

Daripada informasi yang Cik Bunga dengar, Wanna bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berkulit putih gebu yang merupakan seorang usahawan. 

Cik Bunga tidak pernah berjumpa dengan jejaka pilihan Wanna itu, tetapi pernah tengok gambarnya di media sosial.

Memang kacak orangnya dan nampak serasi dengan Wanna. Daripada sumber Cik Bunga, jejaka itu merendah diri orangnya.

Orang kata, jenis yang membumilah walaupun keluarga berstatus dan berada. Cik Bunga pasti, ibu Wanna, Datuk Ayu pun sejuk hati dengan pilihan Wanna kali ini. 

Itulah, kalau sudah memang jodoh, kahwin sahajalah, hendak tunggu apa lagi jika jejaka di hadapan mata pun sudah cukup sempurna buat Wanna. Tak begitu? 

Khabarnya segala persiapan sudah pun dilakukan menjelang hari bahagia Wanna nanti. Cik Bunga pun sudah tahu dewan mana yang jadi pilihan bakal pengantin.

Tetapi biarlah rahsia dulu, tunggu empunya diri yang beritahu sendiri kepada semua. Cumanya, jangan lupa jemput Cik Bunga juga nanti. Mahu merasa juga nasi minyak Wanna. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya