Wanita rugi lebih RM250,000, terpedaya pelaburan tidak wujud

Wanita rugi lebih RM250,000, terpedaya pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang peniaga dalam talian berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM252,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lebih memburukkan keadaan, mangsa juga telah meminjam wang daripada rakan untuk menyertai pelaburan tersebut.

Mangsa katanya, iaitu seorang wanita berusia 39 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam selepas menyedari tertipu.

“Berdasarkan siasatan, mangsa yang ketika itu berada di rumah telah melihat iklan pelaburan di Facebook dan berminat dalam urusan pelaburan wang tersebut.

“Mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan tersebut dan memilih pakej iaitu sekiranya melabur sebanyak RM150,000, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan sebanyak RM1,440,000 dalam tempoh dua bulan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa telah membuat 15 transaksi secara berperingkat dari tarikh 12 November hingga 24 November tahun lalu ke enam akaun bank berbeza yang diberikan pihak sindiket.

Menurutnya, jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh mangsa adalah sebanyak RM252,004 namun sehingga kini mangsa masih tidak menerima sebarang pulangan malah masih lagi diminta wang oleh pihak sindiket untuk pelbagai urusan.

Kata beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya