Wanita pandu berbahaya, cuba langgar polis ditahan

Wanita pandu berbahaya, cuba langgar polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang memandu secara bahaya serta cuba melanggar anggota polis sehingga tular di media sosial ditahan di persimpangan Jalan Imbi-Jalan Sultan Ismail di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati video berkaitan kejadian didapati tular di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 7.56 petang, Rabu lalu.

“Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu apabila suspek berusia 38 tahun dikesan memandu secara berbahaya dan memotong barisan laluan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Anggota trafik bertugas kemudiannya mengarahkan mangsa berhenti namun suspek enggan sebelum cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan suspek itu mengakibatkan kenderaan dipandunya hampir melanggar anggota trafik bertugas.

“Suspek kemudiannya ditangkap dan direman dua hari untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dilihat enggan mematuhi arahan diberikan anggota polis trafik di satu persimpangan di kawasan ibu negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya